Di antaranya:
1. Menghalau dan menegah syaitan daripada menghampiri atau menggodai manusia.
Cukup dengan satu zikir untuk menghalaukan syaitan kerana syaitan tidak boleh hampir kepada seseorang kecuali kepada mereka yang lalai daripada berzikir.
2. Meredhakan Allah swt.
3. Menghilangkan dukacita dan susah hati.
4. Menjernihkan perasaan hati dan menarik kepada kesukaan lebih² lagi mereka yang bersedarah sedaging dengan berzikir.
Penyakit hati atau menggelapkan hati ada dua perkara.
1. Lalai.
2. Dosa.
Penawar dan menerangkan hati ada dua perkara.
1. Zikir.
2. Beristighfar
Maka sesiapa yang dikuasai oleh kelalaian di sepanjang waktunya maka kegelapan hatinya adalah tebal. Apabila tebal kegelapannya maka jadilah kepadanya benda yang salah dikatakan betul dan benda yang betul dikatakan salah dan hatinya pula semakin hari semakin gelap dan pudar.
Firman Allah swt:
كَلَّا ۖ بَلْ ۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ ١٤
Maksudnya: 'Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan'.
Wallahu a'lam